Saturday, 20 April 2019

Cabul pemandu GRAB wanita,warga asing dibelasah penduduk




BUKIT MERTAJAM 20 April - Tindakan dua lelaki warga Nepal mencabul seorang pemandu grab wanita mengundang padah apabila kedua-duanya cedera dibelasah orang awan di Jalan Song Bang Kheng, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun sedang menghantar dua lelaki itu ke Taman Juru selepas mengambil mereka di Jalan Stesen di sini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika dalam perjalanan seorang suspek berusia 23 tahun yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta mencabul mangsa dengan memegang dan mencium tangan mangsa sebelum menarik badannya.

“Rakan suspek pertama yang berusia 29 tahun juga telah muntah di dalam kereta mangsa.

“Kemudian suspek pertama sekali lagi menarik badan mangsa lalu mangsa memberhentikan kereta bagi mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, kedua-dua suspek telah dibelasah orang awam yang berang dengan kejadian itu dan mereka diserahkan kepada pihak polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment