Tuesday, 9 April 2019

Elak Bocor Maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan, Zon Larangan Guna Telefon Diwujudkan

Penggunaan telefon yang tidak terkawal mampu memberi impak negatif jika tiada langkah untuk menyekatnya.

Bertujuan untuk mengelak dari kebocoran maklumat rahsia rasmi kerajaan, Jabatan Perdana Menteri melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, menyatakan zon larangan penggunaan telefon bimbit telah diwujudkan.

Seperti yang dilaporkan Bernama, zon itu digunapakai pada mesyuarat-mesyuarat penting yang termasuk dalam kategori kritikal dan berisiko tinggi.

Ini merupakan jawapan bertulis dari soalan yang ditimbulkan ahli parlimen Jelutong, merujuk kepada kebocoran surat pekeliling mengenai urusan perbicaraan mahkamah yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Sumber: Bernama

No comments:

Post a comment