Thursday, 11 April 2019

Gempar! lebih 50 beg plastik kertas undi awal ditemui di Bangi

Lebih daripada 50 beg plastik yang dipenuhi dengan kertas pengundian awal pemilihan presiden Indonesia dilaporkan ditemui di sebuah kedai kosong di Bangi hari ini.

Kertas undi itu ditemui menjelang pengundian awal bagi penduduk Indonesia yang menetap di luar negara Ahad ini.

Portal Online Detik.com memetik ketua jawatankuasa pemantau pilihan raya bagi Kuala Lumpur Yaza Azzahra mengesahkan penemuan kertas undi yang ditandai memihak kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan pasangannya Ma'aruf Amin serta beberapa calon dari gabungan mereka.


Beliau merujuk kepada pasangan Jokowi-Ma'aruf yang bertanding dengan bekas presiden Prabowo Subianto dan rakannya Sandiaga Uno, disenaraikan di kertas undi sebagai "02".

Sementara itu, menurut sumber kepada Malaysiakini jumlah kertas undi yang telah ditandakan mencecah 50,000 termasuk di lokasi kedua di Sungai Tangkas, Bangi.

Portal Kumparan.id memetik Pesuruhjaya Badan Pemantau Pemilihan Indonesia, Fritz Edward Siregar pula sebagai mengesahkan menerima laporan itu dan meminta menggantung sementara pemilihan di Malaysia.

Pengundian awal bagi penduduk Indonesia yang menetap diluar negara akan diadakan pada Ahad ini akan dijalankan oleh pewakilan asing bersama dengan jawatankuasa pemantau pilihan raya.

Kira-kira 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia menetap di Malaysia membentuk jumlah terbesar pengundi luar negara republik itu.

Timbalan duta besar Indonesia ke Malaysia Krishna KU Hannan sebelum ini berkata enam pusat pengundian akan dibuka di seluruh negara pada 14 April di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu.

Hari ini, beberapa video tular dimedia sosial berkaitan serbuan dari sebuah rumah kosong di Bangi.

Serbuan itu dipercayai dilakukan oleh pasukan polis dari Balai Polis Bangi.

Difahamkan, laporan polis turut dibuat keatas penemuan kertas undi tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bagi meminta maklum balas.

Difahamkan, perkara itu sedang disiasat oleh Bukit Aman dan satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber :malaysiakini

No comments:

Post a Comment