Friday, 19 April 2019

Harga RON97 naik mendadak, RM2.80 per liter!



Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 20 sehingga 26 April 2019.

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 naik 12 sen manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (20 April).

RON95 - RM2.08 per liter (kekal)

RON97 - RM2.80 per liter (naik 12 sen)

Diesel - RM2.18 per liter (kekal)

Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal)

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 26 April kelak.





No comments:

Post a Comment