Tuesday, 30 April 2019

IKEA Dipuji Kerana Martabatkan Bahasa Kebangsaan



Polemik nasib bahasa kebangsaan di bumi sendiri antara yang kurang diperjuangkan oleh rakyat
 Malaysia, mungkin menganggap ia kurang penting. Namun, apabila Vlogger Britain yang sentiasa
 membuat review makanan Malaysia, Rhys William memuji keperihatinan syarikat gergasi Ikea 
dalam memartabatkan bahasa Melayu, tampaknya ia turut memberi tamparan kepada syarikat 
tempatan yang lebih berbangga dengan bahasa Inggeris.

Biarpun isinya hanya memuji Ikea namun sebenarnya ia turut menjelaskan sikap sesetengah 
syarikat yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kredit foto: Twitter
Justeru itu, netizen memuji keprihatinan syarikat dari Sweden itu yang cuba mengadaptasi dengan
 budaya tempatan. Malahan Rhys yang juga lebih gemar berbahasa Melayu di media sosial turut
 dipuji kerana mengangkat Bahasa Melayu di tempat sepatutnya di bumi sendiri. Dalam masa sama
 ia turut menempelak segelintir perangai orang Malaysia yang tidak tahu pun berbahasa
 kebangsaan walaupun dilahirkan di Melaysia.

Biarpun masih banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh syarikat ini, namun ia tetap 
boleh diberi kredit kerana usaha itu sendiri sangat luar biasa. Antara kesalahan tatabahasa yang 
jelas ialah menu makanan kanak-kanak dan set cadar.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter


Walaupun tatabahasa yang digunakan oleh syarikat perabot terbesar ini agak tunggang
 langgang hingga ada yang menyamakan seperti 'Google Translate', namun ia harus diberikan 
kredit kerana usahanya tersebut. Jadi, ada yang tercabar tak bila Mat Salleh sendiri 
memperjuangkan bahasa Melayu?

No comments:

Post a Comment