Monday, 29 April 2019

Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang kekal RM7


KEPALA BATAS 28 April - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7 seorang tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga.

“Jangkaan kutipan zakat fitrah dianggarkan sebanyak RM5.2 juta yang dikutip daripada 700,000 orang penduduk Islam di negeri ini.

“Pada tahun ini juga, peruntukan agihan zakat kepada fakir miskin telah ditetapkan sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM500 seorang (bagi fakir) dan RM450 ( bagi miskin),” katanya selepas menghadiri majlis pentauliahan amil zakat fitrah bagi 2019 di Dewan Milenium, di sini hari ini.

Kredit - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment