Saturday, 27 April 2019

Kerajaan PH fobia dengan penyatuaan ummah


Laporan polis yang dibuat setiap kali Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi negeri ini membuktikan Pakatan Harapan (PH) kini semakin ‘fobia’ terhadap kerjasama erat antara Barisan Nasional (BN) dan Pas menerusi penyatuan ummah.


Najib yang popular dengan panggilan Bossku itu berkata, selain kunjungannya ke Langkawi, baru-baru ini, PH turut membuat laporan polis terhadap beliau semasa kedatangannya ke Jerlun dan Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Katanya secara sinis, perkembangan semasa menyaksikan bukan sahaja bursa saham negara jatuh tetapi ‘saham’ PH juga semakin merudum.


“Kalau sebelum PRU (Pilihan Raya Umum Ke-14), depa (mereka) kata apa pun rakyat percaya, kini sudah terbalik dan menjadi pakatan haprak.

“Hidup rakyat semakin susah. Ada seorang ibu datang berjumpa saya mengadu, anaknya kerja polis di Cheras, Kuala Lumpur dengan gaji RM1,400 tetapi terpaksa potong RM400 PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa ceramah Penyatuan Ummah di Kampung Hutan Palas, Kodiang di sini, malam tadi, yang turut dihadiri penceramah, Ahmad Husam Baderudin.

Bekas Presiden UMNO itu seterusnya berkata, rakyat menuntut jaminan PH untuk memansuhkan pinjaman PTPTN kerana menerusi janji tersebut golongan anak muda khususnya, telah tertipu mengundi mereka.

“Ada seorang menteri PH pernah kata bahawa bumi Malaysia kaya kerana minyak mengalir di bawahnya dan akan hapuskan PTPTN. Mana janji ini, sebaliknya dengan mudah kata hutang wajib dibayar.

“Ada menteri pula, depa (mereka) yang potong subsidi nelayan dan petani, dia pula yang menangis,” katanya.

Menurut Najib, pengurangan pemberian bantuan rakyat seperti mana dilakukan BN menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menyebabkan banyak pasar raya di seluruh negara yang ‘gulung tikar’.

Kata beliau, ini kerana tiada suntikan wang lagi di dalam pasaran ekonomi yang banyak digunakan oleh rakyat bawahan untuk berbelanja.

“Kalau semasa BN, BR1M diberi dan berlaku suntikan modal RM28 juta dalam ekonomi lalu semua mendapat manfaat. Daripada rakyat sehingga peniaga pasar raya memperoleh keuntungan,” katanya.

Tambah beliau, banyak perkara pelik berlaku sepanjang pentadbiran PH iaitu antaranya rakyat diminta minum sesudu minyak sawit setiap hari untuk membantu meningkatkan harga komoditi itu.

“Bayangkan kalau 30 juta rakyat Malaysia minum pun (satu sudu minyak sawit) selama 365 hari, mungkin boleh naik 0.25 peratus sahaja.

“Begitu juga apabila PH menyuruh ganti kelapa sawit dan tanam pokok buluh pula,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment