Tuesday, 9 April 2019

Lima Lelaki Indonesia yang Menawarkan Seks Sejenis Dicekup (4 Foto)


GEORGETOWN: Lima lelaki warga Indonesia ditahan kerana menawarkan perkhidmatan pelacuran sama jantina dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Penang di sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, kelima-lima suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan dalam keadaan berbogel, dipercayai sedang menjalankan perkhidmatan seks secara berkumpulan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri, Kholijah Mohamad, berkata semua suspek didapati menawarkan perkhidmatan seks sama jantina menerusi aplikasi dalam talian.

“Serbuan ini dibuat berdasarkan maklumat risikan pihak Jabatan Imigresen negeri yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka menawarkan perkhidmatan seks sama jantina kepada pelanggan tempatan berusia antara 25 hingga 40 tahun dengan caj dikenakan antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Antara barangan dirampas termasuklah, kondom, gel pelincir, peralatan seks khusus untuk lelaki, pasport dan wang tunai bernilai RM3,500,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, semua suspek didapati masuk ke Malaysia secara sah, tetapi melakukan perbuatan tidak bermoral yang boleh didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1965 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Kelima-lima suspek ini didapati menawarkan perkhidmatan seks sama jantina secara bebas, tanpa terikat dengan mana-mana individu atau sindiket.

“Mereka akan masuk ke Malaysia bagi tempoh seminggu dalam satu-satu masa, sebelum pulang ke negara asal apabila selesai menawarkan perkhidmatan,” katanya

Kredit Berita Harian

No comments:

Post a comment