Friday, 26 April 2019

LIVE filem Avengers: Endgame, lapan dihalau keluar pawagam

: Gara-gara ingin menjadi orang pertama menularkan rakaman filem Avengers: Endgame, lapan individu dicekup anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Operasi Hak Cipta yang dijalankan di dalam pawagam pusat membeli belah terkenal di ibu kota awal pagi tadi.

Seramai 10 anggota mengambil bahagian dalam operasi tersebut yang tertumpu di 21 dewan tayangan dari pukul 7 malam sehingga 12 pagi tadi.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azeem Nazuri berkata, pihaknya dengan kerjasama pemilik panggung mengadakan operasi ini bagi mengekang kegiatan cetak rompak yang kini menjadi keluhan kepada penggiat industri perfileman dan muzik.

Kesemua suspek didapat merakam dan mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

"Operasi yang dijalankan dengan kerjasama pihak industri ini dijalankan bagi mendidik dan memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat rakaman atau penstriman haram di media sosial.

"Orang ramai juga harus faham bahawa hak cipta perlu dihormati dan dilindungi," katanya.

Jelasnya lagi, mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut didalam pawasgan boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesemua suspek dihalau dari pawagam serta merta dan diarah untuk memadamkan rakaman mereka.

Individi terbabit turut diberi amaran tegas untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.

No comments:

Post a Comment