Sunday, 21 April 2019

Maritim Pulau Pinang Rampas bubu naga




GEORGETOWN, 19 April –Sebanyak 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya telah dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang menerusi operasi Op Pertiwi di perairan Penaga, Pulau Pinang kira-kira jam 8.15 pagi.


Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, semasa rondaan dilakukan oleh 4 orang kru bot Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan berwarna putih / kelabu dan tidak mempunyai nombor pendaftaran beserta dua orang awak-awak sedang menaikkan bubu naga. Menyedari kehadiran Maritim Malaysia, mereka bertindak melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek serta membuang bubu naga tersebut bagi mengelakkan ditahan.

Kesemua bubu naga tersebut dirampas kerana ianya merupakan kaedah penangkapan ikan yang diharamkan penggunaannya serta menyalahi peraturan di bawah Akta Perikanan 1985.




No comments:

Post a Comment