Thursday, 4 April 2019

PCM sertai Barisan Nasional


Hari ini, bertempat di Ibu Pejabat Barisan Nasional, Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur.Parti Cinta Malaysia (PCM) diwakili oleh penasihat parti berkenaan Datuk Huan Cheng Guan menyerahkan surat rasmi kepada Barisan Nasional bagi menyertai Gabungan Parti di dalam Barisan Nasional.

Surat rasmi berkenaan di terima oleh Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional , Dato Dr Masrizal bin Muhammad.

Parti Cinta Malaysia (PCM) merupakan sebuah parti yang terdiri dari pelbagai kaum telah ditubuhkan pada 10 tahun yang lepas (2009) berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

PCM juga merupakan rakan mesra Parti PAS sejak beberapa tahun yang lepas dan banyak menyertai program-program anjuran PAS dan pakatan Sejahtera sebelum ni.

Walaupun terdapat terdapat parti lain yang meninggalkan Barisan Nasional tetapi Parti Cinta Malaysia (PCM) tetap yakin kemampuan Barisan Nasional untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negara pada Pilihanraya Umum akan datang.





No comments:

Post a comment