Saturday, 13 April 2019

Sajian Aneka Rasa Pilihan Eastin Hotel, Penang




Kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi pastinya amat dinantikan pengunjung untuk mengetahui apakah juadah istimewa yang disajikan untuk berbuka puasa.

Hotel Eastin Pulau Pinang menampilkan sajian Aneka Rasa berkonsepkan juadah tempatan dan antarabangsa dimana pengunjung boleh menikmati pelbagai aneka masakan di Swez Brasserie bermula dari 7 Mei hingga 4 Jun depan dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Sajian terdiri pelbagai pilihan menu antaranya ulam-ulaman, acar buah, acar rampai, ikan masin, telur masin, kerabu daging, kerabu kaki ayam, kerabu jantung pisang dan kerabu mangga.

Bukan itu sahaja, turut disajikan Sup Gear Box Utara, Seafood Sezhuan Soup, Bubur Lambuk,  Udang Masak Telur Masin, Ikan Sumbat Air Asam Thai, Kam Heong Mussel, Pajeri Nenas, Sotong Kembang Masak Cili Kering, Ayam Percik, Rendang Daging, Roasted Chicken, Cili Ketam Ala Singapura, Kari Telur Ikan.

Tidak ketinggalan Roast Leg of Lamb dengan Sos Rosemary, Satay Ayam dan Daging, Gulai Kawah Kambing Kasturi Madu, Mee Rebus dan buah-buahan tempatan, bubur kacang merah dengan sago, kek, buah kurma, kek keju marble, citrus creme brulee dan kek pandan.

Terdapat tawaran harga bufet istimewa dari 7-12 Mei 2019 - RM88 nett setiap seorang pada minggu pertama melalui Facebook rasmi Eastin Hotel Penang.

Untuk pre-buy baucer pula dijual pada harga RM100 untuk tiga minggu seterusnya dan RM120nett adalah untuk harga bufet biasa.

Harga bagi warga emas adalah RM70nett dan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun layk mendapat potongan harga 50 peratus daripada harga bufet biasa.

Untuk tempahan boleh menghubungi Swez Brasserie di talian 04-6121111

Kredit Teks :  mercikkk.com official




























































No comments:

Post a Comment