Sunday, 14 April 2019

Seorang maut lima lagi cedera dalam insiden tembak & letupan bom di Narathiwat


NARATHIWAT, 14 April (Bernama) – Seorang pegawai renjer maut ditembak manakala lima lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di Kampung Wang Thong, Ranget, Narathiwat.

Ketua Polis Narathiwat Maj. Gen. Dussadee Chusangkij berkata dalam kejadian pada 3.30 petang (waktu tempatan) semalam, seorang pegawai renjer yang dalam perjalanan pulang ke rumah ditembak individu tidak dikenali, dipercayai bersembunyi dalam hutan.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kira-kira 30 minit kemudian, sebutir bom yang diletak di tepi jalan tidak jauh dari tempat kejadian tembak diletupkan dan menyebabkan lima anggota renjer cedera yang berada di lokasi cedera,” katanya.

Beliau berkata semua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakharin.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment