Friday, 12 April 2019

Swafoto dahulu sebelum naik GRAB

Grab Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan sistem pengecaman wajah dalam aplikasi tersebut sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan pemandu.

Sistem ini merupakan komponen penting dalam ciri pengesahan penumpang bagi perkhidmatan e-hailing tersebut.

Menurut laporan The Star Online hari ini, pengguna kali pertama dikehendaki mengambil swafoto menggunakan aplikasi Grab sebelum menempah perjalanan pertama mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia sedang meningkatkan aspek keselamatan dalam perkhidmatan pengangkutan menerusi pelbagai cara, termasuk bekerjasama bersama syarikat awam dan swasta.

“Ia amat penting bagi sektor awam dan swasta bekerjasama dalam memanfaatkan teknologi baru untuk kebaikan sosial,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran sistem itu di ibu pejabat Grab, Bandar Utama semalam.


Sementara itu, Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata, melalui sistem ini ia akan menjamin keselamatan pemandu serta privasi penumpang tersebut.

"Swafoto mereka hanya akan digunakan untuk tujuan pengesahan sekali sahaja dan ia tidak akan ditunjukkan kepada pemandu.

“Data peribadi mereka juga akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA),” katanya

No comments:

Post a Comment