Sunday, 28 April 2019

Tak dan nak terjun 😢 (4 Gambar)


TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki yang mahu terjun di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit dilihat berpaut pada besi berhampiran kotak elektrik di jambatan berkenaan.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, lelaki itu pada mulanya dilihat orang ramai dalam keadaan mencurigakan berpaut di besi terbabit.

“Pemandu kenderaan yang bimbang melihat lelaki itu kemudian menghubungi bomba.

“Anggota Bomba Jalan Perak dan Bandar Perda bergegas ke lokasi dan selepas hampir 10 minit memujuk lelaki itu berjaya diselamatkan,” katanya.

Dalam kejadian 12 tengah malam tadi, seorang lelaki turut berjaya diselamatkan orang ramai selepas cuba terjun jambatan sama.

Kredit Harian Metro

No comments:

Post a Comment