Tuesday, 16 April 2019

Whatsapp PDRM 0132111222 untuk melaporkan jenayah Komersial



Di media sosial kini tiba musim penipuan barangan yang dibeli di dalam talian. Pelbagai pengguna merungut menerima tasbih sedangkan barangan lain yang telah dibeli menerusi sebuah portal membeli belah popular. Bagi memudahkan orang ramai melaporkan jenayah komersial ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka talian WhatsApp khusus hari ini.

Talian Commercial Crime Information Department (CCID) Infoline dibuka bagi membolehkan pelbagai jenayah komersial seperti penipuan kad kredit, perbankan dalam talian, wasiat, insurans, bungkusan, cinta dan antarabangsa dilaporkan. Pengguna juga boleh melakukan semakan status kes yang telah dilaporkan menerusi talian ini. Mesej menerusi WhatsApp atau SMS boleh dihantar ke nombor 013 2111222. Talian dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Ini adalah salah satu dari beberapa talian WhatsApp yang dibuka oleh badan kerajaan bagi memudahkan proses melaporkan jenayah. Sebelum ini talian khusus untuk melaporkan kesalahan merokok di restoran, vandalisme di dalam tren Rapid KL dan kesalahan jalan raya ke JPJ turut telah dilancarkan.

1 comment:

  1. Tuan..Kalau sya tersalah bank in duit..sya dah bt laporan polis. Dan sya jgk dh bt laporan pd pihak bank...boleh ke saya guna talian ini ..tuan

    ReplyDelete