Thursday, 30 May 2019

#AgihBantuanZakat Elak tindakan boleh timbulkan kontroversi- Mufti Pulau Pinang

"Elak apa jua tindakan yang boleh menimbulkan kontroversi dan presepsi yang salah," demikian reaksi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai tindakan pihak tertentu yang menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah ibadat bukan Islam.


Menurutnya, ada banyak lagi cara untuk menonjolkan sikap bertoleransi antara orang Islam dan bukan Islam.

"Dari sudut hukum tak salah, malah di Dubai umat Islam berbuka puasa dan mendirikan solat Tarawih di kuil kaum Sikh dan tiada ulama di sana yang membantah.



"Cuma dalam konteks Malaysia hari ini, melakukan tindakan keagamaan (Islam) di rumah ibadat bukan Islam adalah tindakan kurang bijak dan tidak berhikmah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru beliau menasihatkan umat Islam supaya mengelakkan tindakan sedemikian.

"Pokoknya elakkanlah perbuatan yang boleh mencetuskan keadaan tidak selesa majoriti masyarakat umum walaupun tidak salah di sisi hukum agama," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/30528/EDISI/Utara/Elak-tindakan-boleh-timbulkan-kontroversi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment