Sunday, 19 May 2019

#alfatihah Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia


Pengkhabaran duka  pagi ini  apabila selebriti Chef, Adam Mahamed Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Adamdidam (Hero Oven) meninggal dunia awal pagi ini. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pd usia 29 tahun sebentar tadi akibat jangkitan paru-paru.

Berita kematian Adam turut dikongsi beberapa ahli keluarga terdekatnya. Neelofa dalam satu kemaskini di Instagram pernah membayangkan Adam sedang bergelut dengan penyakit yang dihidapinya.



Adam merupakan instafamous yang suka berkongsi minat dalam bidang masakan melalui akaun instagram.Allahyarham sering berkongsi cara masakan yang kuat bercirikan selera Thai dan Kelantan iaitu negeri asalnya.Allahyarham kemudian menyertai rancangan 'Hero Oven' musim kedua terbitan TV3 dan menjadi pengacara beberapa program masakan.

Menurut sumber, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat zohor.
Sebelum ini, anak saudaranya Fatimah menjadi viral di media sosial kerana bijak bercakap loghat Kelantan walaupun duduk di United Kingdom.
Adam juga pernah mengejutkan pengikut setia lamanInstagramnya apabila memuat naik sekeping gambar perkahwinan bersama seorang wanita jelita.

Takziah kepada keluarga Allahyarham.



Info lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment