Friday, 10 May 2019

Apa yang anda perlu tahu tentang cacar monyet? #Monkey Pox



Seorang warga Nigeria 38tahun dikesan positif menghidapi jangkitan cacar monyet di Singapura. Ini disahkan Kementerian Kesihatan(MOH) pada Khamis(9Mei) sebagai yang pertama dilaporkan di Singapura.

Pesakit yang disyaki mendapat jangkitan setelah makan daging haiwan liar di Nigeria,kini dalam keadaan stabil dalam wad berasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit(NCID).Seramai 23 yang berhubung rapat dengannya dikuarantin meskipun tidak menunjuk sebarang tandajangkitan.


beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penyakit tersebut:

1. BAGAIMANA CACAR MONYET MEREBAK & APAKAH RISIKO PENULARANNYA?

Cacar monyet atau monkey pox adalah penyakit jarang berlaku dan berpunca dari jangkitan virus dari haiwan seperti monyet dan rodensia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan berlaku apabila seseorang berhubung langsung dengan darah,cecair dari tubuh badan atau luka dari haiwan yang sudah dijangkiti. Virus juga boleh merebak akibat memakan daging haiwan yang sudah dijangkiti dan tidak dimasak dengan betul. Namun, virus tidak mudah merebak dikalangan manusia. Jangkitan antara manusia boleh berlaku akibat hubungan langsung dengan cecair dari saluran pernafasan, tersentuh luka orang yang membawa virus atau objek yang dijangkiti oleh cecair tubuh pesakit. Seseorang juga perlu berhubung secara langsung dengan agak lama dengan pesakit sebelum jangkitan berlaku. WHO menekankan buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa jangkitan dari manusia kemanusia boleh menyebabkan penularan berkekalan dalam kalangan penduduk. MOH menyatakan risiko penularan cacar monyet di Singapura kekal rendah.


2.APAKAHTANDA-TANDANYA?

Seseorang yang terkena jangkitan mungkin mengalami tanda-tanda awal ini: Demam, sakitkepala, nodus limfa yang bengkak, sakitpinggang, sengal otot dan kurang bermaya. Ruam akan tumbuh dalam masa sehari hingga tiga hari selepas demam. Ia seringkali bermula dibahagian muka dan merebak ke bahagian tubuh yang lain, selalunya ditapak tangan dan kaki. Dalam beberapa kes, virus tersebut boleh menimbulkan komplikasi serius seperti pneumonia, sepsis, radang otak dan kehilangan deria penglihatan akibat jangkitan pada mata .Simptom-simptom tersebut biasanya kekal antara 14 hingga 21 hari.

3.BERAPA BAHAYAKAH 'MONKEYPOX' ?

Kebanyakan kes maut berlaku dikalangan pesakit dalam lingkungan usia muda, menurut WHO. Kadar kematian semasa penularan dilaporkan pada sekitar satu hingga 10 peratus.

4.BAGAIMANA IA DIKESAN DAN DIRAWAT?Cacar monyet hanya boleh di diagnos dalam makmal khas menerusi beberapa ujian, menurut WHO. Malangnya, buat masa ini tiada rawatan khas atau vaksin khas untuk jangkitan monkey pox. Bagaimanapun, vaksin campak terbukti 85 peratus berkesan dalam mengelakkan jangkitan cacar monyet.

5.NEGARA MANA LAGI YANG MELAPORKAN PENULARAN CACAR MONYET ?

Menurut WHO, penyakit ini pertama kali dikenal pasti dikalangan manusia pada 1970 di Republik Demokratik Congo dan dikesan kebanyakannya dibahagian tengah dan barat Afrika, berdekatan hutan tropika. Pertama kali kes jangkitan cacar monyet dilaporkan diluar Afrika adala hpada2003, apabila Amerika Syarikat mencatatkan 37 kes yang disahkan, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) AmerikaSyarikat. Penularan tersebut merebak di lima wilayah. Penularan itu disahkan berpunca daripada haiwan-haiwan yang diimport dari Ghanake Texas. CDC Amerika Syarikat juga menyenaraikan tiga kes monkey pox di United Kingdom dan satu di Israel,pada2018.  

-CNA/TQ/tq


No comments:

Post a Comment