Tuesday, 21 May 2019

#BaganLalang lelaki ditahan bersama dadah



Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seberang Perai Utara (SPU) menahan seorang lelaki  berumur 19 tahun  di hadapan blok  D Taman Bagan Lalang, Butterwoth petang kelmarin

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas lelaki terbabit polis telah menjumpai sebanyak 70 Gram disyaki dadah Syabu di dalam beg silang yang di pakai saspek.

Tangkapan dan rampasan barang kes yang dirampas dibawa balik ke  IPD SPU untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut.

Menurut beliau hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk pasaran di Butterwoth dan kegunaan sendiri.

Nilai Keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM 10,500.00.

Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Produa Axia dan wang  bernilai RM 1000 yang dipercayai hasil daripada aktiviti dadah.

 Nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM 26,000.00

Urine suspek didapati Positif dadah Meth

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hingga 25/05/2019 untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek. 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek. 6 ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952

No comments:

Post a Comment