Monday, 27 May 2019

#BukitMertajam Tong gas meletup, warga emas cedera

Seorang warga emas cedera selepas tong gas memasak di rumahnya mengalami kebocoran sebelum meledak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ini di Blok F,  Lorong Pauh 2, Rumah Pangsa Seri Pauh mengakibatkan mangsa yamg berusia 78 tahun mengalami kecederaan ringan dan dan dihantar ke hospital.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan memaklumkan pihaknya tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.27 pagi.

Pihak bomba mendapati  berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah tersebut . - Foto Ihsan JBPM
Pihak bomba mendapati berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah tersebut. - Foto Ihsan JBPM


Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati  berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah tersebut menyebabkan mangsa cedera.

Letupan turut menyebabkan cermin tingkap pada bahagian dapur pecah selain kabinet dapur rosak dan beberapa pintu tertanggal.

No comments:

Post a Comment