Thursday, 2 May 2019

Cari jodoh di 'Facebook Dating'



Aplikasi Facebook kini telah menambah beberapa lagi fungsi baharu bagi platform media sosial dan yang paling mendapat perhatian adalah fungsi Facebook Dating.

Pengumuman yang dilakukan di persidangan Facebook F8 yang diadakan di California, Amerika itu telahpun diuji sejak Ogos tahun lepas dan ia kini telah dibuka kepada umum.

Ia dikhabarkan bakal menjadi pesaing yang hebat buat aplikasi cari jodoh terkemuka, Tinder.


Bagi korang yang ingin mencuba fungsi terbaru ini, korang perlu mengaktifkannya secara manual dan selepas itu korang akan dapat melihat pengguna lain dalam lingkungan jarak 100km yang turut sedang mencari jodoh.

Apa yang menarik adalah, Facebook Dating hanya memerlukan pengguna untuk menghantar mesej kepada calon jodoh mereka. Apabila penerima membalas mesej tersebut, mereka akan “disatukan” oleh aplikasi.

Korang juga dapat menyenaraikan 9 pengguna lain sebagai 'Secret Crush' dan sekiranya ada diantara mereka yang turut menyenaraikan anda sebagai crush mereka, anda berdua akan dijodohkan oleh Facebook Dating.

Fungsi terbaru ini dilihat amat membantu kepada mereka yang betul-betul masih belum mempunyai paangan dan ikhlas dalam perhubungan. Amat tidak digalakkan kepada mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai niat jahat.

No comments:

Post a Comment