Sunday, 26 May 2019

Contoh lonjakan caj TNB untuk menjarah duit rakyat


Menurut seorang rakyat, Haikal yang menghantar bil ini kepada kami, jumlah ini dianggap melampau tinggi dan agak mustahil untuk mencecah sehingga RM305.17 atau sehingga 746 kWh bagi tempoh bacaan bil 32 hari.

“Rumah saya setingkat dan kalau musim raya pun yang penggunaannya tinggi tak pernah cecah RM300. Paling tinggi RM205 sahaja. Itu dah kira tinggi. Lazimnya hanya berkisar RM110 sahaja.



“Adakah jumlah kWh sengaja dinaikkan untuk membolehkan kerajaan mengutip SST?

“Kalau tengok pada bil terbaru (sebelah kanan), penggunaan domestik melebihi 600 kWh akan dikenakan Service Tax.

“Rumah saya tak pernah melangkaui 600 kWh sebulan. Ini cara kerajaan menjarah duit rakyat?

“Ini sangat mengarut. Mustahil rumah saya dalam purata 380 hingga 400 kWh melonjak sehingga 746 kWh secara tiba tiba.

“Inikah cara TNB nak jarah hasil kederat dan titik peluh rakyat untuk kerajaan?

"Selain bacaan yang secara tiba tiba melonjak secara melampau dan tak masuk akal, adakah kelewatan membaca meter itu dilakukan bagi membolehkan rakyat dikenakan SST? Anda semua perlu check bil anda.

"Jika lihat pada bil sebelum ini, ia dibaca bagi tempoh 29 hari manakala terbaru adalah 32 hari. Adakah ini taktik untuk kenakan SST pada rakyat?"

Lagi rungutan rakyat:




Kredit : Fb Rakyat Report

1 comment:

  1. Jangan marah2..
    Tengok bacaaan meter di bil.
    Banding dg bacaan meter d meter rumah..
    Kot2 meter reader main anggaran jer.. tk tengok meter..

    ReplyDelete