Monday, 13 May 2019

Dua maut kereta terbalik selepas rempuh perhentian bas 😔



Mohd. Khuzairi Ismail

PULAU PINANG 13 Mei - Dua maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh perhentian bas dalam kejadian di Lebuh Maccalum, Georgetown, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Andy Meyrick, 25, dan Jusse D. Dolisip, 29, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Persona yang dinaiki mereka yang turut terbalik dalam kejadian itu.


Menurut jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang.

"Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan 'rescue tool' dan selesai sepenuhnya kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Kredit Utusan Online

No comments:

Post a Comment