Tuesday, 7 May 2019

Fi RM5000 untuk penggunaan cermin gelap luar peraturan


Berkuat kuasa esok, mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin gelap (melalui lapisan filem atau kaca gelap) bagi semua cermin kenderaan atas faktor keselamatan dan kesihatan, dengan dikenakan fi RM50 bagi permohonan, RM5,000 jika lulus dan tiada fi atas sebab kesihatan. - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

permohonan dan pemprosesan serta kelulusan bagi penggunaan cermin yang lebih gelap akan dikenakan yuran khas atau fi bagi meningkatkan hasil kerajaan. Anggaran pendapatan setahun daripada fi ini adalah dalam lingkungan RM6 juta setahun kepada Kerajaan.





Loke berkata, “Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap (sama ada menerusi menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca yang lebih gelap) yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan (atau lebih gelap) atas sebab-sebab yang khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan di atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Manakala setiap permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan fi sebanyak RM5,000. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun. Individu yang telah diluluskan bagi penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonannya.”

Walau bagaimana pun, permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.

No comments:

Post a Comment