Friday, 24 May 2019

Harga RON97 naik 8 sen



Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen kepada RM2.76 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. - Kementerian Kewangan


Harga runcit petrol RON 97 akan berubah lagi bermula tengah malam ini untuk tempoh seminggu kehadapan. Setelah turun dua sen minggu lepas, ia akan naik pula minggu ini. Bermula 25 Mei, RON 97 akan dijual pada harga RM2.76 seliter (naik lapan sen berbanding RM2.68 minggu lalu).

Seperti biasa, RON 95 bagaimanapun kekal pada harga subsidi yang sama, iaitu RM2.08 seliter. Ini harga paling tinggi yang akan dibayar oleh pengguna tidak kira berapa perubahan yang berlaku dalam pasaran dunia.

Bagi diesel juga sama, harganya kekal seperti sebelum ini, dengan dijual seliter pada harga RM2.18 bagi diesel Euro 2M. Sementara diesel Euro 5 pula mahal 10 sen berbanding harga berkenaan, dijual RM2.28 seliter.


Harga yang diumumkan ini akan kekal bagi tempoh 25-31 Mei 2019, sebelum harga baru mingguan diumumkan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment