Saturday, 11 May 2019

Ismail Kamus selesai jalani pembedahan jantung




Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung, semalam.

Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.


“Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ismail Kamus baru dimasukkan bateri di jantungnya, semalam. Sama-sama kita doakan kesihatan buat ulama ummah ini,” kata akaun itu hari ini.

Beberapa akaun Facebook lain termasuk Telaga Biru Terengganu turut berkongsi keadaan terkini Ismail di IJN.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment