Saturday, 18 May 2019

Kursus e-PSV Dilancarkan

Sebahagian daripada undang-undang baru yang diperkenalkan oleh pihak JPJ dan juga APAD untuk menyelarikan industri seru-pandu di Malaysia ialah pemandu-pemandu perkhidmatan tersebut harus menjalani kursus PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam) selama enam jam dan menjalani ujian untuk mendapatkan lesen memandu vokasional tersebut.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke baru mengumumkan bahawa para pemandu seru-pandu boleh melakukan kursus wajib enam jam tersebut secara atas talian melalui kursus e-PSV yang disahkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

Menurut Anthony lagi, kursus e-PSV ini akan dikendalikan oleh pihak perkhidmatan seperti Grab ataupun MyCar, dan akan menggunakan kurikulum PSV sama yang digunakan didalam kelas-kelas yang dikendalikan oleh pusat pemanduan sekarang.

“Ini akan memudahkan para pemandu untuk menjalankan kursus tersebut, dan mereka boleh melakukan kursus tersebut pada waktu-waktu yang lebih fleksibel, dan akan mempercepatkan pengambilan ujian lesen vokasional tersebut”

Selepas melengkapkan kursus lesen PSV, para pemandu ini masih perlu mengambil ujian satu jam untuk mendapatkan lesen tersebut.

No comments:

Post a Comment