Wednesday, 22 May 2019

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Banting-Taiping), West Coast Expressway (WCE) dibuka menjelang Aidilfitri


Pemilik konsesi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat, West Coast Expressway (WCE) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menjalankan ujian pematuhan akhir mengenai struktur lebuh raya pada hari Isnin ini.

Pengarah Urusan WCE Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata selepas ujian itu selesai, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu sebelum WCE boleh dibuka secara rasmi kepada orang awam.


“Ujian pematuhan akhir akan dijalankan dengan bantuan Pihak Berkuasa Lebuhraya Malaysia pada hari Isnin. Apabila ujian ini selesai, kedua-dua pihak akan membuat keputusan sama ada untuk membuka semua pakej laluan lebuhraya tersebut.



“Kami kemudian akan menghantar ujian pematuhan (keputusan) dan menunggu untuk WCE diwartakan secara rasmi, yang boleh mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu,” kata Neoh kepada akhbar New Straits Times.

Beliau berkata, syarikat konsesi masih berusaha mematuhi tarikh akhir asalnya. Ia selaras dengan peracangan untuk membuka lebuhraya sebelum Hari Raya Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun.


“Kami masih mensasarkan untuk membuka projek sebelum Hari Raya, tetapi tertakluk kepada penyelesaian ujian akhir ke atas semua empat pakej lebuh raya dan pewartaan.”

Beliau berkata projek itu hampir siap untuk pembinaan dan kelulusan pihak berwajib.

“Pada peringkat ini, ia bukan hanya mengenai aspek fizikal (projek), tetapi ujian keperluan keselamatan. Walaupun ia hampir siap, ia masih tertakluk kepada ujian pematuhan pada hari Isnin, “katanya.

Soalan timbul baru baru-baru ini sama ada WCE akan dibuka tepat pada waktu untuk Hari Raya Aidilfitri seperti yang dijanjikan. Ia berikutan kejadian runtuhan jalan di sebahagian projek di Klang pada 4 Mei lalu.




Runtuhan tanah sehingga 110m menyebabkan gangguan bekalan air di 65 kawasan di Klang disebabkan tiga paip utama yang rosak di bawah projek lebuh raya 223km, yang menghubungkan Banting, Selangor, ke Taiping, Perak.

WCE menegaskan bahawa ia akan mematuhi jadual asal untuk dibuka.

Lebuhraya pesisiran Pantai Barat ini melibatkan laluan sepanjang 223km dari Jalan Banting-KLIA (B18) ke persimpangan Tanjong Karang (93.8km) di Selangor dan dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Tol Plaza Changkat Jering (139.2km) di Perak.

Tiga pakej di Perak meliputi Hutan Melintang ke Teluk Intan (19.1km), Lekir ke Changkat Chermin (28km) dan Changkat Chermin ke Beruas (16.6km).

KREDIT: NST

No comments:

Post a Comment