Thursday, 30 May 2019

Lelaki berang dihon, nekad pecahkan cermin kereta




Seorang penunggang motosikal berang selepas dihon oleh sebuah kereta di belakangnya kerana menghalang laluan.Menerusi video yang viral di media sosial, lelaki berkepala botak itu dilihat sedang menunggang di sebelah seorang rakannya sambil berbual-bual menyebabkan kereta di belakangnya gagal memotong.


Pemandu kereta telah membunyikan hon tetapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.Bagaimanapun, pemandu kereta berjaya memotong ketika melalui satu jalan lurus tetapi dia dikejar lelaki itu sehingga ke satu kawasan perumahan.


Lelaki botak itu kemudiannya bertindak memberhentikan motosikalnya lalu menghentakkan topi keledar pada cermin depan menyebabkan ianya pecah.Lelaki itu juga sempat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu kereta sebelum beredar dari tempat kejadian.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut yang kurang ajar dan tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain.

Tidak kurang juga ada yang menasihati pemandu kereta supaya membuat laporan polis agar lelaki botak itu ditangkap kerana telah merosakkan harta benda orang lain.



No comments:

Post a Comment