Friday, 10 May 2019

NGO Penang Forum buat petisyen bantah projek tambak laut Pulau Pinang

NGO Penang Forum memulakan petisyen atas talian kepada perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi membantah projek tambak laut di Pulau Pinang.

Petisyen tersebut menyenaraikan lebih kurang 20 sebab mengapa projek itu tidak sepatutnya diteruskan pihak berwajib.

“Tanah yang ingin diambil alih merangkumi 4,500 ekar tanah, saiz yang sama seperti Forest City di Johor,” kata Khoo.

“Kami memohon kepada Dr Mahathir selaku Pengurusi Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) untuk menghentikan projek tambakan tersebut atas beberapa faktor.”


Menurut Penang Forum, pecahan kos projek tambakan tersebut tidak dinyatakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang.


Petisyen itu juga mendakwa projek tersebut akan membebankan kerajaan negeri dengan kos penyelenggaraan.

Selain itu, penduduk tempatan acap kali menyuarakan kegusaran mereka mengenai keadaan negeri tersebut yang berisiko tinggi untuk dilanda banjir, menurut petisyen itu.

Projek kontroversi itu dibuat bagi membentuk tiga buah pulau buatan di perairan selatan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment