Wednesday, 15 May 2019

Nombor Pendaftaran PNY 1 di bida RM 111000

Tempahan pendaftaran nombor kenderaan Siri PNY yang dibuka  bermula 17 April 2019 hingga  2 Mei 2019 lalu akan diumumkan pada 21 Mei 2019 ini kepada Pembida yang berjaya.

Siri ini mencatatkan permohonan antara yang tertinggi di JPJ Pulau Pinang iaitu sebanyak 533 permohonan  yang diterima manakala jumlah permohonan yang berjaya adalah sebanyak 239 permohonan.



Bidaan tertinggi adalah PNY1 iaitu sebanyak RM111,000 manakala bagi nombor pendaftaran kategori  biasa (Running) PNY4174  iaitu sebanyak RM3,333 menjadikan jumlah kutipan permohonan yang berjaya mencecah RM805,495.80

Sumber:JPJ Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment