Thursday, 30 May 2019

Pegawai JPJ Pulau Pinang hadapi hukuman penjara 660 tahun

Seorang pegawai JPJ di Pulau Pinang bakal menerima hukuman penjara berjumlah 660 tahun sekiranya beliau didapati bersalah untuk 33 kes rasuah.

Pegawai Pembantu Penguatkuasa yang berusia 46 tahun itu telah dihadapkan ke mahkamah session di Butterworth kelmarin.
Beliau tidak mengaku bersalah selepas kesemua tuduhan dibaca kepadanya. Jumlah keseluruhan rasuah yang diterima beliau ialah RM10,950, antara 2015 ke 2018.


Beliau dituduh di bawah Akta 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali jumlah rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000.

Tujuh lagi pegawai JPJ turut dituduh di mahkamah tersebut kelmarin. Jumlah keseluruhan rasuah tersebut ialah RM136,000, dan kes-kes tersebut berlaku antara 2015 ke 2018.

Mereka dituduh menerima rasuah untuk "perkhidmatan" memberi amaran kepada syarikat-syarikat lori mengenai operasi sekatan jalan JPJ dan juga untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori terbabit.

Lori-lori yang dibawah jagaan mereka akan diberikan pelekat logo istimewa untuk ditampal di kenderaan mereka agar pegawai-pegawai JPJ ini dapat mengecam anak-anak ayam mereka itu.

Diharapkan kes-kes ini berjaya menakutkan mereka yang lain. Mungkin juga akta perlu diubah untuk mengambil kira hukuman terhadap syarikat yang memberikan rasuah juga.

No comments:

Post a Comment