Monday, 6 May 2019

Pelajar SMK Bayan Lepas sesak nafas akibat proses ujikaji makmal



Seramai 13 pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas di sini, mengalami sesak nafas selepas melakukan proses ujikaji makmal menggunakan cecair iodin, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, semua pelajar terbabit sedang memanaskan cecair iodin untuk melihat tindak balas pemeluapan dalam subjek Kimia.




Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shahrul Nizam Che Hasan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 pagi dan hadir ke sekolah berkenaan bersama pasukan perubatan.

“Selepas tiba ke sekolah itu kita membantu memberi rawatan awal kepada pelajar terbabit iaitu 11 pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki.

“Semua pelajar juga diberi pengawasan dan bantuan oksigen oleh pasukan perubatan, manakala seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

No comments:

Post a Comment