Saturday, 18 May 2019

Pengasas Dnars Skincare meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand




Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.


Kakitangan hospital sedang memberi pertolongan kecemasan.

Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia," katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Info lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment