Sunday, 19 May 2019

Penghadang disangka plaza tol 😂


BUTTERWORTH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan memasuki ke rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Bworth Utara (PKBU) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 20-an terbabit dikatakan memandu kenderaannya dari arah Bagan di sini, dalam keadaan mabuk.

Sumber berkata, lelaki terbabit ‘melihat’ penghadang di bahagian timbangan lori kawasan berkenaan sebagai ‘plaza tol’ sebelum memasuki kawasan terbabit.


“Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku pada rel kereta api berkenaan, manakala pemandu terbabit tidak cedera.

“Kenderaan dipandunya tidak mengalami kerosakan manakala kereta dikeluarkan sendiri daripada pemilik tanpa bantuan.

“Kejadian hanya dimaklumkan kepada pihak polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu berkenaan,” katanya kepada BH, hari ini,

Kredit Berita Harian

No comments:

Post a Comment