Monday, 6 May 2019

Penghuni nyaris maut, rumah kontena terbalik di Balik Pulau

Sepuluh pekerja warga asing nyaris maut selepas kontena yang dijadikan tempat penginapan mereka di sebuah tapak pembinaan di Kuala Jalan Baru, Balik Pulau di sini terbalik akibat dilanda ribut hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu dikatakan berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan tersebut sejak awal pagi ini.



Semua mangsa adalah lelaki dan mereka berusia antara 25 hingga 45 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Difahamkan, kontena-kontena terbabit disusun menjadi dua tingkat serta menjadi lokasi tempat tinggal pekerja di tapak pembinaan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, selepas tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat lapan buah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja telah terbalik.


“Terdapat sepuluh orang mangsa yang merupakan warganegara asing mengalami cedera ringan.

“Mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment