Monday, 27 May 2019

#PermatangTokDarat 2 lelaki ditahan bersama dadah



Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seberang Perai Utara (SPU) menahan dua lelaki
dan merampas 20 gram disyaki dadah Heroin dan sebanyak  0.3 gram Syabu dalam satu serbuan di Jalan Pekan Darat, Permatang Tok Jaya, Butterwoth malam tadi.


Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara,ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan media mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut.

Menurut beliau hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri. Nilai Keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM 1000.00.

Urine kedua-dua suspek juga didapati Positif dadah Mop/Meth

Saspek berumur 26 dan 23 tahun itu ditahan reman selama (7) hari bermula hari ini hingga 31 Mei 2019 untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek. 12(2) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952

No comments:

Post a Comment