Friday, 31 May 2019

Perubahan bil TNB disebabkan bacaan lebih tepat - Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Tokyo. - Foto BERNAMA

TOKYO: Aduan perubahan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk kenaikan mendadak baru-baru ini berlaku susulan penggunaan meter digital yang memberikan bacaan lebih tepat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, bukan semua pengguna menanggung kenaikan bil kerana ada yang tidak berubah manakala bil sesetengah pengguna lebih rendah berbanding sebelumnya walaupun menerusi caj penggunaan sama.

“Apa yang berlaku ialah sekarang kita menggunakan meter yang lebih baik, iaitu meter digital yang lebih tepat bacaannya.


“Ia tiada kena-mengena dengan kenaikan bahan api. Ada penduduk menerima caj lebih rendah, dan ada yang menerima caj sama,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja tiga hari ke Jepun, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, mengarahkan Suruhanjaya Tenaga (ST) menyiasat aduan pengguna berhubung bil elektrik yang tinggi.

Bee Yin dilaporkan berkata, lebih 300 aduan diterima dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi.

Kredit Berita Harian

No comments:

Post a Comment