Tuesday, 7 May 2019

Pulau Pinang, Perlis, Kedah dijangka alami hujan lebat bermula esok


Hujan lebat dijangka berlaku di utara Semenanjung hingga Rabu ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada (kuning) berikutan jangkaan hujan lebat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula esok hingga Rabu.

Menurut laman web rasmi MetMalaysia, kriteria bagi peringkat waspada itu adalah hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Peringkat amaran hujan lebat terbahagi kepada tiga iaitu waspada (kuning), buruk (jingga) dan bahaya (merah).

- Bernama / Kosmo

No comments:

Post a Comment