Wednesday, 8 May 2019

Segerakan Baja Padi Kepada 68,000 Pesawah.

Sebagai sebuah kerajaan yang berjanji akan membantu rakyat dalam apa jua bidang diceburi sepatutnya mendengar keluh kesah para pesawah di dua negeri Kedah dan Perlis seramai 68,000 orang

Mereka mengusahakan lebih 100,000 hektar tanah untuk tanaman padi.

Mereka bimbang apabila bekalan baja bagi musim pertama tahun ini masih belum diedar sedangkan mereka sudah menjalankan kerja-kerja menabur benih padi di bendang masing-masing ketika ini.

Menurut kebiasaan, untuk peringkat pertama selepas 15 hari benih ditabur anak padi perlu dibaja.

Sekiranya pembajaan tidak mengikut jadual pembesaran anak padi serta kualiti pokok akan terencat dan hasil tuaian juga berkurangan.

Para pemimpin dalam kerajaan tidak akan berkurangan segala macam elaun dari cukai pesawah walaupun pesawah memperolehi hasil tuaian sedikit.

Kerajaan nampaknya lebih berminat bertelagah dengan pembangkang daripada menyelesaikan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment