Friday, 31 May 2019

SPRM akan tahan lebih banyak pegawai JPJ Pulau Pinang

Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersiap sedia menahan lebih banyak pegawai Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) atas dakwaan rasuah berkaitan menerima wang perlindungan daripada syarikat lori dan pemandunya, kata satu sumber.

Terdahulu sejak April tahun ini, SPRM telah menahan 79 individu termasuk anggota JPJ dan sembilan daripada disabitkan di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah.



Menurut sumber, dalam pemburuan terbaru ini akan merangkumi penahanan isteri pegawai yang mendedahkan sindiket ini kepada SPRM, lapor portal The Malaysian Insight.

Isteri pegawai JPJ tersebut dilaporkan membuat aduan kepada SPRM berkaitan sindiket rasuah ini bulan lepas, selepas suaminya berhenti memberi wang nafkah kepadanya dan mendapat tahu dirinya sudah bermadu apabila suaminya telah bernikah satu lagi.

"Tanpa maklumat daripada isteri pegawai tersebut, sindiket rasuah ini akan berterusan," kata sumber tersebut.


Selepas SPRM menyiasat perkara itu, 79 orang, termasuk pegawai JPJ, telah diburu.

Sembilan telah didakwa menerima bayaran, antara RM10,000 hingga RM32,000 sebulan, bagi 'menutup mata' terhadap kegiatan kesalahan pemandu-pemandu lori.

Mereka juga didakwa membocorkan maklumat tentang JPJ kepada pemandu lori.

Isteri yang membuat laporan tersebut dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap akaun yang mengandungi dana haram.

Menurut siasatan SPRM, wang itu didapati telah digunakan untuk membayar pegawai tertinggi JPJ serta bermain golf.

No comments:

Post a Comment