Monday, 27 May 2019

#TanjungBungah Bot Nelayan ditahan langgat syarat lesen



GEORGETOWN, 26 Mei – Dua buah bot nelayan  tempatan Kelas A ditahan pada jarak lebih kurang 1.0 dan 1.4 batu nautika dari Timur Laut Tanjung Bungah oleh bot peronda milik Maritim Malaysia Pulau Pinang  pada jam 5.15 petang dan 5.30 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan mengesan dua bot nelayan tempatan Kelas A sedang memukat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua tekong lelaki warga tempatan berumur 35 dan 48 tahun bersama seorang kru lelaki warga tempatan berumur 38 dan dua kru lelaki warga Thailand berumur 28 dan 30 tahun berada di atas kedua-dua bot tersebut.





Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan lesen bot yang telah tamat tempoh.


No comments:

Post a Comment