Monday, 13 May 2019

Wanita warga emas maut setelah terjun dari tingkat 23 kondo


GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan perut terburai selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Solok Thein Teik, Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Saw Phaik Tin, 66, ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan di koridor tingkat sembilan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisoner Che Zaimani Che Awang berkata, semakan pihaknya pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa telah keluar dari unit yang didiaminya di tingkat 23 sambil menolak troli yang membawa bangku tangga pada pukul 3.55 pagi.

"Menerusi CCTV, mangsa dilihat naik ke atas bangku tangga itu sebelum terjun dari tembok setinggi satu meter sebelum jatuh di atas koridor di tingkat sembilan.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan berlumuran darah dan perut terburai," katanya pada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang tidak berkahwin itu tinggal di rumah adiknya di tingkat 23 sejak Khamis lalu.

"Mangsa mempunyai penyakit kanser pankreas dan pernah menjalani pembedahan pada perut.

"Siasatan bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, manakala hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami patah tulang pada seluruh tubuh selain kepala pecah dan kesemua organ rosak," katanya lagi. -

Kredit : K! ONLINE

No comments:

Post a Comment