Saturday, 1 June 2019

45,000 pekerja di sektor pembersihan sekolah bakal kehilangan pekerjaan



Kira-kira 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara dikatakan berdepan dengan kehilangan pekerjaan.

Menurut Setiausaha Persatuan Kontraktor Bumiputera Sisa Pepejal dan Pembersihan (Kosppem), Akram Shah Hanishah, hal itu terjadi apabila Kementerian Pendidikan melaksanakan format tender baru tahun ini.

Katanya, akibat pelaksanaan tersebut, bilangan pekerja dalam kategori berkenaan dikurangkan separuh daripada bilangan asal iaitu kira-kira 90,000 pekerja, malah sebahagiannya tidak ditawarkan kerja mulai esok.


“Sebagai contoh, pekerja di sekolah kebangsaaan seramai tujuh orang dikurangkan kepada tiga manakala di sekolah menengah (dikurangkan) daripada sembilan kepada empat atau lima orang.

“[...] Di negeri ini sahaja (Pahang), diangggarkan 6,000 pekerja semasa dikurangkan sebanyak 50 peratus, bermakna 3,000 orang kehilangan pekerjaan.

“Jika dibandingkan di seluruh negara, pekerja semasa seramai 90,000 orang akan dikurangkan sebanyak 50 peratus menyebabkan 45,000 orang kehilangan punca rezeki,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Tambah Akram lagi, Kosppem telah membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan supaya mekanisme menang-menang dapat dikaji.

Pada Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan serupa yang dibangkitkan Kosppem Pahang dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

KPM menjelaskan berbanding format lama yang hanya mengambil kira bilangan pelajar dan keluasan bangunan, format tender baru ini telah ditambah baik.

Katanya, format baru tersebut turut mengambil kira keluasan kawasan, bilangan blok bangunan, jumlah aras keseluruhan bangunan dan bilangan kubikal tandas di setiap sekolah.

No comments:

Post a Comment