Tuesday, 18 June 2019

#Alfatihah Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi Meninggal dunia

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pengkabaran duka lagi sangat menyedihkan, Dr Morsi telah kembali kepada pencipta-Nya.

Bekas Presiden Mesir,  Mohammed Morsi 67 tahun, presiden Mesir yang digulingkan telah
meninggal dunia ketika dalam perbicaan di mahkamah.

Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Morsi mengetuai gerakan untuk menjatuhkan Mubarak,  rejim tentera yg begitu lama memerintah Mesir.

Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013.




Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan.

Mungkin kita masih mengingati nama-nama spt Gamal Nasser,  Anwar Saddat.

Kini Mesir kembali ke pemerintahan demokrasi tetapi di bawah cengkaman tentera oleh Jen.  Abdel Fattah El Sisi.

Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan para solihin di Syurga-Nya.

No comments:

Post a Comment