Wednesday, 19 June 2019

BAHANA HENDAK CEPAT SIAPKAN PROJEK


George Town, 17 Jun - Pemaju dan kontraktor sebuah tapak pembinaan pangsapuri yang terletak di Bandar Seri Tanjung Pinang bakal berdepan dengan hukuman yang berat sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan mereka bersalah dalam membenarkan imigran haram berada dalam premis dan mengajikan warganegara asing tanpa suatu Pas yang sah.

Siasatan awal mendapati pemaju dan kontraktor yang berkenaan mengejar masa untuk menyiapkan pembinaan dua blok pangsapuri 39 tingkat bagi mengelakan mereka dikenakan denda lewat oleh pihak berwajib.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud, serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang itu telah memeriksa seramai 101 orang terdiri daripada 4 warga Malaysia dan 97 warganeagara asing. Hasilnya 87 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah berjaya ditangkap.

Beliau berkata, " Hasil serbuan yang dijalankan, kami telah berjaya menangkap 46 lelaki Bangladesh, 22 lelaki Myanmar, 15 lelaki dan 4 wanita Indonesia.

Menurutnya lagi, " Mereka yang ditangkap itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan Pas yang sah untuk berada di negara ini, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana telah tinggal lebih masa dan Peraturan 9(3) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat Pas.

Sementara itu,  2 orang warganegara Malaysia telah disaman untuk hadir memberikan keterangan di Pejabat Imigresen bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut ke atas pemilik premis dan kontraktor sedang giat dijalankan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Kredit Jabatan Imigresen Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment