Thursday, 27 June 2019

#BukitMertajam PATI sembunyi atas siling rumah elak dicekup imigresen


Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad dengan memanjat dinding setinggi hampir 5 meter untuk bersembunyi di atas siling bagi mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Namun usaha wanita warga Indonesia terbabit gagal apabila beliau berjaya dikesan oleh anggota penguatkuasa imigresen. Seorang lagi rakan beliau juga telah gagal untuk menyembunyikan diri apabila ditemui menyorok di dalam almari baju.



Itu adalah senario yang berjaya dirakamkan semasa serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang di dua lot rumah kedai yang terletak di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam.

Seramai 13 orang warganegara asing telah di periksa di kedua-dua premis terbabit dan hasilnya seramai 12 orang PATI telah berjaya ditangkap.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 1 lelaki Bangladesh, 1 lelaki, 6 wanita Indonesia, 3 lelaki dan 1 wanita Myanmar kerana disyaki melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di Malaysia.


Menurut Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud, pintu premis yang berkenaan terpaksa dipecahkan apabila tidak mendapat kerjasama penghuni.

Dan ketika pemeriksaan dijalankan didapati kedua-dua premis berkenaan seperti tidak berpenghuni, namun apabila pasukan operasi membuat pengeledahan ada di antara PATI terbabit bersembunyi di atas siling, di dalam almari dan di setiap barangan hiasan rumah yang terdapat di dalamnya.

Kesemua tangkapan kini di tahan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut bagi dikenakan tindakan selaras dengan undang-undang yang sedang berkuat-kuasa.

Jika sabit kesalahan kesemua PATI terbabit bakal berhadapan dengan hukuman penjara dan boleh juga dikenakan hukuman sebatan rotan.

Manakala pemilik premis yang berkenaan pula jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak kurang daripada Lima Ribu Ringgit dan tidak lebih daripada Tiga Puluh Ribu Ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau kedua-duanya untuk SETIAP PENDATANG TANPA IZIN yang DIJUMPAI di dalam premis.




No comments:

Post a comment