Wednesday, 26 June 2019

#BukitMinyak Remaja dicekup bersama dadah



Pada 24/6/2019@1700hrs... Bertindak diatas maklumat penagihan dadah, KPB Insp Ahmad Hamzah bersama (6) anggota Balai Bukit Tengah telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, pihak polis telah berjaya menemui dan menahan suspek (7)(L) Melayu dan (2)(P) Melayu berusia antara 23 hingga 40 tahun dalam keadaan yg mencurigakan. Sebahagian drpd suspek disemak memiliki pelbagai rekod kesalahan lalu bersangkut kes dadah dan jenayah. Pihak polis terus menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan dan telah berjaya menemui dan merampas di tingkat atas bahagian rumah tersebut;


-(1) paket plastik mengandungi dadah jenis Methamphetamine.
-(1) biji pil Estacy dalam paket plastik.
-(1) botol kaca yg diubahsuai sebagai alatan menghisap dadah.
-(1) Pemetik api.

Kesemua tangkapan bersama barang kes telah dibawa ke IPD SPT utk tindakan yg selanjutnya. Urine test yg dijalankan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis 'METH'. Kesemua mereka telah di'humban'kan ke dalam lokap dan akan disiasat bersangkut Bukit Tengah rpt: 6759/19 Seksyen: 39A(1)(a) ADB, dan 15(1)(a) ADB 1952. Tahniah dan syabas Insp Ahmad Hamzah dan anggota Balai Bukit Tengah.


No comments:

Post a comment