Saturday, 29 June 2019

Gara-gara viral jual durian 3 Biji RM1000 ,penjual mahu saman pengadu

Gara-gara tular di Facebook, seorang penjual durian mahu menyaman seorang wanita yang mengadu berkenaan harga jualan duriannya. Chin Ah Chian, 52 tahun memberitahu disebabkan aduan wanita itu hasil jualannya mengalami kemerosotan sehingga 40%.


Menurut Guangming, wanita terbabit mengadu ditipu penjual durian di Penang di laman Facebooknya. Mengunjungi gerai berkenaan bersama 10 orang keluarga, termasuk beberapa orang kanak-kanak dan memesan sebiji Durian Musang King serta dua biji Duri Hitam (Black Thorn).

Yang paling mengejutkan, jumlah pembayaran hidangan mereka ialah hampir RM1,000! Untuk harga yang tepat ialah RM937.

Chin yang bengang dengan keadaan itu menjelaskan durian hanya akan dijual setelah pembeli bersetuju dengan harga yang mereka tawarkan. Beliau turut memberitahu, wanita itu sendiri mahukan durian terbesar yang ada di sana.


Wanita itu diberikan dua biji Durian Duri Hitam masing-masing seberat 4.2kg dan 3,9kg, manakala Durian Musang King pula seberat 3.4kg.

Jika dilihat dalam gambar di bawah, anda boleh lihat harga jualan 1kg Durian Musang King ialah RM25-RM50 manakala Durian Duri Hitam dengan harga RM60-RM95.

Walau bagaimanapun wanita berkenaan mengakui bahawa tiada penjelasan berkenaan dengan harga durian seperti yang diperkatakan oleh Chin dan meragui sama ada berat durian itu sama seperti apa yang didakwa.

Chin yang ada cubaan menghubungi wanita berkenaan bagi mendapatkan permohonan maaf secara umum sudah memberikan masa untuknya, namun tiada maklum balas menjadikan Chin meneruskan hasratnya untuk proses menyaman.

Ketua Penguatkuasa Pulau Pinang, Chin Ching Chung mengesahkan bahawa pihak mereka sedang menunggu dokumen kenyataan keuntungan gerai berkenaan. Jika melihat kepada hasil pemeriksaan pada label, label harga dan mesin timbangan tidak menunjukkan sebarang percanggahan.

Namun, berdasarkan kepada aduan yang diterima, pihak mereka akan menunggu sehingga 18 Jun bagi memeriksa mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Penguatkuasaan.

Nasihat untuk anda, sebelum nak makan durian pastikan anda jelas dahulu dengan harga. Takut nanti jadi begini, dah susah.

Sumber: The Star Online/makanlena

No comments:

Post a comment